JEMPOL: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Jempol hari ini menyebabkan kerosakan teruk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang Datuk L Manickam berkata kejadian pada jam 4.45 petang itu menyebabkan atap rumah tercabut dan diterbangkan angin.
Katanya di kawasan DUN Jeram Padang dipercayai lapan buah rumah penduduk dari tiga kampung rosak teruk.
@buletintv3♬ original sound – BuletinTV3
“Kampung terbabit adalah Kampung Baru Rompin, Kampung Balai Cina dan Kampung Seri Rompin namun kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa.
“Pejabat Daerah Jempol akan mengambil tindakan segera bagi membantu penduduk termasuk membaiki rumah yang terjejas,”katanya.
Difahamkan ribut turut merosakkan kediaman penduduk di gugusan FELDA Palong.
Jabatan Meteorologi Malaysia ( METMalaysia ) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dibeberapa negeri di Semenanjung , Sarawak dan Sabah sehingga 6 petang tadi.
Ramalan itu turut membabitkan daerah Jempol dan Tampin.