JELEBU : Atap Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP ) Simpang Pertang diterbangkan angin sejauh 30 meter kebawah kawasan balai dalam kejadian ribut pada jam 4.40 petang tadi.
Ketua BBP berkenaan Penolong Penguasa Bomba ( PPgB ) Hazim Asriq Hasbullah berkata terdapat beberapa kerosakan ditingkat tiga serta kerosakan membabitkan ‘hose tower’ balai.
” Ribut turut menyebabkan empat buah kuarters rosak namun tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kerja pembersihan sudah dijalankan oleh anggota BBP Simpang Pertang,”katanya.
Hazim Asriq berkata ketika kejadian 11 anggota sedang bertugas dan tiada kerosakan membabitkan jentera.
Katanya pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan membabitkan kerosakan rumah penduduk di kawasan berhampiran melainkan aduan mengenai pokok tumbang.