Tumpuan :
Nasional

Ashira tidak sangka, masih terkejut dengan berita ‘pemergian’ bekas suami, Bad Indigo

FOTO: Ashira/ Instagram

PETALING JAYA: Bekas isteri kepada Allahyarham penyanyi Bad Indigo, Ashira mengakui terkejut dengan pemergian Bad yang meninggal dunia secara tiba-tiba semalam.

Menurut penyanyi itu, dia menerima perkhabaran berkenaan daripada kenalan media kerana sudah lama tidak berhubung dengan bekas suami.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa langsung sebab saya dah ‘lost contact’ lama dah. Macam dia dah ada kehidupan dia, tidak bermesej apa semua”.

Menurut Asyira dia hanya mengetahui perkara itu daripada rakan seperjuangan Liza Hanim menerusi status di media sosial.

“Saya call Kak Liza, hendak tanya sahih ke, Kak Liza sahkan yang arwah meninggal sebab serangan jantung selepas Maghrib (malam semalam),” katanya.

Asyira berkata dia langsung tidak menyangka Allahyarham akan ‘pergi’ secara tiba-tiba memandangkan sering memuat naik video dan kelihatan sihat selama ini.

“Masa dapat tahu tadi terkejut sangat sebab selalu nampak video-video yang dia buat di tempat kerja. Nampak sihat alhamdulillah. Entahlah, saya masih speechless dan menggigil,” katanya lagi.

FOTO: bad.indigo_official/ Instagram

Allahayrham meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat sesak nafas.

Ashira dan Allahyarham Bad mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan mengambil keputusan berpisah Jun tahun lepas.

Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 meninggalkan cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.

Manakala Ashira ketika berkahwin dengan Bad berstatus ibu tunggal sejak 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 17.

Jenazah Bad di bawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, seksyen 14, Petaling Jaya untuk pengurusan dan bakal dikebumikan di Tanah Perkeburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini