Tumpuan :
Nasional

ASEAN wajar tangani isu jenayah rumit melalui perkongsian maklumat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas menyampaikan ucaptama ketika Pameran dan Sidang Kemuncak Antarabangsa Asia (AISSE25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. – Foto: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa di rantau ASEAN wajar menangani isu jenayah siber, penipuan atas talian serta pemerdagangan manusia menerusi perkongsian maklumat serta operasi bersama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu tidak seharusnya dilaksanakan secara bersendirian sebaliknya kerjasama di peringkat antarabangsa perlu dilakukan.

“Ancaman ini memerlukan kerjasama di peringkat antarabangsa seperti perkongsian maklumat, meningkatkan pembangunan kapasiti dan mengadakan operasi bersama.

“Tidak mungkin ancaman keselamatan bentuk baharu ini seperti jenayah rentas sempadan, boleh kita selesaikan secara bersendirian, kecuali melalui perkongsian maklumat risikan,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Terdahulu, Saifudin melakukan tinjauan di reruai dalam Pameran Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25).

Dalam ucaptama beliau menegaskan kepentingan untuk mewujudkan zon penampan yang selamat.

Usaha itu bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam berdepan cabaran moden yang lebih rumit di rantau ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini