comscore
Tumpuan :
Nasional

ASEAN dan China sedang berunding COC, elak konflik di Laut China Selatan

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid & Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan kod tatacara Code of Conduct in the South China Sea (COC) bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, rundingan tersebut dilakukan tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.

Jelas Datuk Mohamad, Rundingan COC tersebut dilaksanakan oleh Negara-Negara Anggota ASEAN dan China menerusi platform ASEAN China Joint Working Group on the Implementation of the DOC (JWGDOC) dan ASEAN-China Senior Officials Meeting on the Implementation of the DOC (SOM-DOC).

Disamping itu, rundingan tersebut juga adalah berdasarkan Single Draft Negotiating Text (SDNT) COC yang digunakan sebagai asas rundingan.

“Untuk tahun 2024, rundingan COC diadakan sebanyak empat kali iaitu di Bali, Indonesia pada bulan Mac 2024, Bangkok, Thailand pada bulan Mei 2024”

“Terkini, ia telah diadakan di Xi’an, China, pada bulan September 2024”

“Pada November pula, satu lagi pusingan rundingan COC ini akan diadakan di Vientiane, Laos” jelas Datuk Mohamad Alamin ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat di Dewan Rakyat.

Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis turut memaklumkan, Malaysia sedang memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa sebagai Negara Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-China untuk tempoh tiga tahun dari Ogos 2024 hingga Julai 2027.

Jelas beliau, sebagai Negara Penyelaras, peranan Malaysia adalah sebagai Pengerusi Bersama dengan China dalam merunding draf COC.

“Dalam hubungan ini, Malaysia beriltizam untuk memastikan supaya kod tatalaku ini akan menjadi satu dokumen yang efektif dan substantif bagi menangani isu-isu yang berkaitan Laut China Selatan”

Loading...
Terkini