comscore
Tumpuan :
Nasional

ASEAN-China sepakat elak keganasan di Laut China Selatan

Oleh: Syafiqah Damanhuri

VIENTIANE: Negara anggota ASEAN dan China sepakat untuk tidak mengambil sebarang tindakan berbentuk keganasan di Laut China Selatan dan mahukan jalan penyelesaian pertikaian dilakukan melalui jalur diplomatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri China, Li Qiang yang memberi jaminan bahawa pertikaian antara negaranya dan Filipina di perairan itu akan diurus secara damai mengikut semangat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

“Isu ini isu menyinggung semua negara-negara, tetapi cara penyelesaian kita usulkan, yang dipersetujui semua, termasuk China, adalah elak keganasan, guna jalur diplomatik, ada rundingan.

“Saya cadangkan kalau boleh, guna jalur ASEAN misalnya, tentunya perkembangan dI Fiilipina itu membimbangkan dan kita telah sampaikan. Sudah ada jaminan dari Li Qiang dan hal ini akan diurus secara damai.”

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam satu sidang media pada hari akhir Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-44 dan kali ke-45 di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini