LARUT: “Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya dia ini kali ketiga dia naik itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai”.
Demikian penceritaan Laila Fairus Ismail, 58, ibu saudara kepada Nurfarahimi Mohd Saedy,41.
Menurutnya pada hari raya Aidilfitri tadi arwah antara orang yang paling ceria dan memaklumkan kepada saudara mara yang dia akan pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suaminya di Kuantan dan tidak akan tinggal lagi di Lumut.
” Arwah seorang yang mudah ‘happy’ dan pada hari raya tadi dia memaklumkan akan berpencen kalau tak salah pada Jun ini.
” Dia juga ada memaklumkan sebelum ini yang dia tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti.
” Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku,” katanya ditemui media di Banggol Jas, Sungai Bayor, Selama.
Menurutnya arwah sudah bersuami dan juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang serta mempunyai tiga orang anak berusia 16,12 dan lapan tahun.
Tambahnya, dia dimaklumkan ahli keluarga arwah, jenazahnya dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat kecederaan pada bahagian kepala sahaja.
Sementara itu kakak sulung mangsa, Nurlaida Mohd Saedy,55, berkata arwah adiknya juga sempat membuat rakaman video permandangan dari atas helikopter ketika berlepas dan menghantarnya ke applikasi whatapps keluarga.
” Dia anak keempat dari lima beradik. Sepanjang kariernya, arwah sering menghantar gambar dan video-videonya terus kepada saya dan jarang berahsia.
” Malah pagi hari kejadian, dia sempat menghantar permandangan dari udara sebelum tragedi itu berlaku,” katanya.
Tambahnya, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor selepas selesai urusan bedah siasat,esok atas permintaan suaminya.
Dalam pada itu dua anak mangsa Nur Alwani Fatihah Muhd Faizul,12 dan abangnya Muhd Alif Farhan,sememangnya bercita-cita mahu menjadi seperti ibu dan ayah mereka.
Malah kejadian yang mengorbankan ibu mereka bersama sembilan lagi anggota TLDM, tidak mematahkan semangat mereka malah akan menjadi motovasi untuk mereka mengejar impian.
Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Kejadian itu menyebabkan 10 anggota termasuk arwah, terkorban.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [KEMAS KINI] Helikopter terhempas: Identiti dan wajah 10 mangsa nahas
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa