comscore
Tumpuan :
Nasional

“Arwah mama tersenyum” – Kilafairy

Anak kepada Rohana Jalil, Kilafairy

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

SUBANG JAYA: Jenazah Rohana Jalil, penyanyi veteran bersuara merdu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, pagi tadi.

Anaknya, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata beliau bersyukur dapat melaksanakan tugas sebagai anak kerana sempat menyempurnakan urusan pengebumian arwah.

“Tengok keadaan mama sendiri macam mana dia pergi and macam mana deal (uruskan) dengan dia dari awal hingga akhir, rasa macam Alhamdulillah.

Artikel berkaitan: ‘Arwah isteri terbaik dalam semua aspek’ – suami Rohana

I hope she’s happy and I know she’s happy. (Saya harap dia gembira, dan saya tahu dia gembira), tersenyum dia Alhamdulillah. Benda tu yang buat Kila lega sangat,” ujarnya yang ditemui seusai pengebumian bonda tercinta.

Rakan-rakan lain juga reda dengan pemergian artis veteran itu kerana arwah telah lama menanggung kesakitan dihadapinya.

Artikel berkaitan: Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

“Dia adalah insan yang beruntung kerana ramai yang berkunjung tengok dia dan sempat menceritakan tentang kebaikan beliau dan sebagainya,” kata Datuk Nash.

Mereka turut menyifatkan bahawa ianya bukan sahaja kehilangan besar dalam industri seni.

Bahkan, mereka kehilangan ‘kakak’ yang setia membantu tika susah dan senang.

“Dia umpama tempat saya mengadu dan saya anggap dia macam kakak lah. Saya sayang dia dan banyak benda saya bertanya dengan dia umpama keluargalah,” jelas Ramlah Ram selaku rakan rapat.

Datuk Azizul Khamis

“Arwah sering bersedekah dan tak pernah lokek dari segi harta benda, saya kehilangan kakak kesayangan saya,” ujar penyanyi popular era 80-an, Datuk Azizul Khamis.

Artikel berkaitan: Rohana Jalil meninggal dunia

Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jam 11:33 malam tadi.

Jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9.

Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Loading...
Terkini