comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Arwah ibu tidak sempat belikan baju raya sedondon untuk anak-anak sambut Aidilfitri

Muhammad Danish, berbaju Merah hitam

DUNGUN: Wanita yang maut dipercayai dibunuh kejam suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, minggu lalu tidak sempat membelikan pakaian raya untuk anak-anaknya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Muhammad Danish, berbaju Merah hitam

Anak kedua daripada enam adik beradik, Muhammad Danish Hakim Mohd Radzi, 15 tahun berkata, menjadi kebiasaannya, ibunya, Rubiah Sabtu akan menyediakan pakaian dengan warna sedondon untuk adik beradiknya sejak mereka kecil.

Menurut Muhammad Danish, setiap tahun, arwah ibunya suka membeli baju raya yang sedondon kerana mahu kesemua anaknya kelihatan kemas dan bergaya.

Tambah Muhammad Danish, beberapa hari sebelum kejadian, ibunya ada memberitahu bahawa hendak mengenakan tema baju raya berwarna biru untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

Namun, kini semua berubah kerana tahun ini mereka hanya akan merayakan Aidilfitri di pusara ibu yang tersayang susulan daripada kejadian tersebut.

Muhammad Danish berkata, meskipun masih terkejut dengan tragedi yang menimpa, dia dan adik beradiknya yang lain kini belajar untuk redha dan menerima ujian tersebut.

“Sedihlah, nak jaga adik-adik, nak bagi adik kasih sayang yang secukupnyalah. Ada plan, tanya nak beli baju raya colour benda, pas tu, tengah cari lah tu..”

Muhammad Danish, berbaju Merah hitam

Sementara itu, neneknya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60 tahun berkata, dia dan anak-anaknya termasuk Mohd Radzi mencuba sedaya upaya untuk menggembirakan dan menenangkan emosi kesemua anak Allahyarham Rubiah.

“Makcik nak kata macam seolah-olah mimpi, benda nyata, nak tak mahu terima kenyataan, benda tu dah Allah tentukan segala-galanya. Tapi rasanya macam seolah, Makcik kadang-kadang tak boleh nak cakap lagi tentang dia. Insya Allah, selagi saya ada, saya akan cuba buat yang terbaik untuk cucu saya.”

Menurut Wan Zaini, dua daripada enam cucunya yang berumur 18 dan 15 tahun akan tinggal bersama bapa kandungnya di Bukit Besi manakala selebihnya akan ke Melaka untuk tinggal bersamanya.

Dia juga sering menasihatkan anak-anak arwah yang sudah dewasa supaya tidak berdendam dengan bapa tiri mereka dan redha dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan.

Rubiah, 41, meninggal dunia dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi oleh suaminya di kediaman mereka minggu lalu, selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Loading...
Terkini