KUALA LUMPUR: Bintang meningkat Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mungkin meraikan musim cemerlangnya bersama pasukan itu dengan membeli jentera mewah, Mercedes CLA45S AMG 2021.
Detik manis itu dikongsi pemain berusia 20 tahun itu menerusi akaun Instagramya, hari ini.
Menerusi Instastory pemain itu, Arif tampak begitu gembira dengan jentera mewah berwarna perak itu yang diletakkan di hadapan rumahnya di Pahang.
Malah, dia juga kelihatan malu-malu apabila diminta untuk masuk ke dalam kereta yang kini sudahpun menjadi miliknya.
Difahamkan, nilai kereta terbabit di dalam pasaran mencecah kira kira RM400,000.
Namun berdasarkan prestasi memukaunya bersama skuad Harimau Selatan, ia tidak menghairankan untuk Arif Aiman memiliki kereta seperti itu.
Sebelum ini, bintang bola sepak negara itu mengundang perhatian ramai apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Proton X50 kepada ibunya.