Tumpuan :
Dunia Seni

Ara masih trauma

FOTO: Ara Johari / Instagram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara Johari mengakui masih trauma dengan kejadian gangguan seksual yang berlaku ke atasnya selepas dia menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Penyanyi itu turut mengambil tindakan membuat laporan polis.

“Sejujurnya saya masih trauma dengan insiden yang berlaku malam tadi. Saya ingatkan dia (lelaki yang tidak dikenali) nak fist bumps (berlaga tangan) sahaja, jadi saya pun bagilah fist bumps juga.

“Tapi dia terus tarik tangan saya nak salam, selepas itu dia genggam kuat-kuat. Dia cium tangan saya dua kali.”Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul. Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan saya dengan begitu kuat,” katanya.

Bimbang keselamatan dirinya, Ara membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

FOTO: Ara Johari / Instagram

Ara atau pemilik nama penuh, Nurfarrah Izzatie Johari, tindakan untuk membuat laporan polis itu adalah sebagai pengajaran buat mereka di luar sana untuk tidak membuat perkara yang sama kepada orang lain.

“Saya tidak mahu peristiwa yang sama berlaku pada orang lain. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk membuat laporan polis.

“Malah, saya juga risau akan keselamatan diri setelah berdepan dengan adegan mencemaskan itu. Jika tidak dikawal mungkin peristiwa yang lebih teruk lagi, siapa tahu?,” kata Ara.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan penyanyi wanita selepas selesai membuat persembahan pada satu acara di Dataran Nilai, Bandar Baru Nilai.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek dikatakan mendekati mangsa untuk berswafoto dan selepas selesai bergambar, lelaki itu dikatakan menarik tangan dan mencium tangan artis berkenaan.

Loading...
Terkini