Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Apology Tour Live House Kuala Lumpur’ hantaran palsu

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Persembahan pelawak kontroversi, Jocelyn Chia ‘Apology Tour Live House’ bersama rakan senegara Chrissie Mayr, yang tular di media sosial sebelum ini merupakan hantaran palsu.

Ia disahkan pengurus besar TREC Kevin Lam yang menafikan tiada sebarang persembahan yang akan berlangsung di ibu negara pada 26 Ogos ini

Memetik NSTP, dalam mesej teks ringkasnya Kevin berkata penyewa kini, telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Ini merupakan berita palsu… (tidak akan ada) acara seperti itu dan (tidak ada) Live House di TREC.”

“Live house sudah ditutup pada 2019,” ujar Kevin Lam.

Jelasnya pemilik kelab ketika ini yang juga merupakan penyewa baru, sememangnya  tidak kaitan dengan Live House dan mereka telah membuat laporan polis untuk mengisytiharkan tiada acara sedemikian berlaku.

Chrissie yang sebelum ini juga diktritik ramai atas tindakannya menyokong Jocelyn selepas membuat jenaka mengenai kehilangan penerbangan MH370.

Hantaran tersebut sebelum ini tular menerusi laman Instagram yang mana sebuah lawatan permohonan maaf akan diadakan di Live House, TREC, Kuala Lumpur.

Dalam satu hantaran lain di Twitter, Chrissie turut mengucapkan ‘terima kasih’ kepada rakyat Malaysia atas semua perhatian kepada  Jocelyn dan dirinya malah berasa teruja untuk mengumumkan kedatangannya ke Malaysia.

Hantaran poster pelawak kontroversi berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai pihak, terutamanya warganet yang membantah sekerasnya kedatangan mereka ke dalam negara.

Loading...
Terkini