comscore
Tumpuan :
Nasional

APMM Pulau Pinang lupuskan 21 vesel nelayan asing

FOTO: Maritim Malaysia

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melupuskan 21 vesel nelayan asing di Perkarangan Limbongan Batu Maung, dekat sini semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Razali Kasim berkata, semua vesel yang dimusnahkan itu ditahan oleh APMM Pulau Pinang sejak 2022 membabitkan nilai keseluruhan RM45,000.

“Bot atau vesel yang ditahan itu membabitkan sebuah bot yang ditahan pada 2022, 19 bot pada tahun lepas, manakala sebuah lagi ditahan pada awal tahun ini.

“Pihak APMM Pulau Pinang dalam mengendalikan kes itu telah menggunakan dua kaedah pelupusan iaitu kaedah musnah pecah dan kaedah tenggelam untuk dijadikan tukun di dasar laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua vesel yang dirampas itu telah dilucut hak terlebih dahulu sebelum dilupuskan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini