Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] APM bantu guru, pelajar SPM redah banjir ke sekolah

Anggota APM membantu guru dan pelajar SPM serta petugas KKM menaiki bot meredah banjir di laluan yang tenggelam di Kampung Paya Garok. – FOTO: Ihsan APM

JERANTUT: 10 guru dan beberapa pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa meredah banjir untuk menduduki Ujian Amali Sains hari ini selepas laluan utama dari Jerantut ke Felda Padang Piol berdekatan persimpangan masuk Kampung Paya Garok, di sini, dinaiki air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jerantut, Kapten (PA) Muszaidi Musa berkata, pihaknya menggunakan sebuah bot fiber berenjin 15 kuasa kuda dengan kekuatan seorang pegawai dan tiga anggota untuk membantu pelajar dan guru terbabit menyeberangi laluan kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

@buletintv3 Beberapa pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa meredah banjir untuk menduduki Ujian Amali Sains hari ini selepas laluan utama dari Jerantut ke FELDA Padang Piol berdekatan persimpangan masuk Kampung Paya Garok, dinaiki air. #BuletinTV3 #Banjir #FeldaPadangPiol #SPM #Jerantut ♬ original sound – BuletinTV3

“Lima guru ditugaskan untuk Ujian Amal Sains SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Padang Piol dan lima lagi di SMK Felda Sungai Retang.

“APM juga membantu pelajar serta guru dan petugas kesihatan yang berkhidmat di sekitar Padang Piol, Sungai Retang dan Kuala Tahan,” katanya.

Muszaidi berkata, laluan utama dari Jerantut ke Felda Padang Piol berdekatan persimpangan masuk ke Kampung Paya Garok ditutup kepada semua kenderaan kira-kira jam 6 pagi semalam.

“Jalan itu ditenggelami air sedalam hampir satu meter meliputi kawasan sejauh kira-kira 110 meter,” katanya.

Bagaimanapun, jalan boleh masih boleh digunakan kenderaan berat dan pacuan empat roda susulan penurunan paras air dengan bacaan 0.38 meter pagi ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini