comscore
Tumpuan :
Nasional

Aplikasi MyInvois LHDN kini boleh dimuat turun

PUTRAJAYA: Pembayar cukai kini boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan aplikasi MyInvois itu boleh dimuat turun daripada semua platform sistem pengoperasian iaitu App Store (pengguna iOS), Google Play (pengguna Android) dan AppGallery (pengguna Huawei).

“Bagi mengakses dan melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois ini, pengguna perlu melengkapkan proses log masuk kali pertama terlebih dahulu di Portal MyInvois.

“Aplikasi ini mengandungi beberapa ciri utama seperti pengurusan profil dan dokumen seperti terkandung dalam Portal MyInvois,” menurut LHDN.

Sebelum ini, LHDN membangunkan Portal MyInvois sebagai mekanisme penghantaran e-Invois secara percuma bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini