Tumpuan :
Nasional

Apa faktor penyebab tayar kenderaan pecah?

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 203 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampang, Alor Gajah kelmarin yang mengorbankan tujuh nyawa berpunca tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di tengah laluan.

Ia bukan kes kemalangan maut pertama yang berlaku di negara ini berpunca daripada tayar pecah mahupun kegagalan tayar kenderaan terutama melibatkan kenderaan berat.

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, dalam insiden terbaharu itu terdapat beberapa faktor penyebab tayar lori boleh tercabut.

Berikut antara faktor utama kegagalan tayar kenderaan berat:

Tekanan udara yang tidak betul

Foto hiasan

Tekanan udara yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan yang tidak seimbang pada tayar, mengakibatkan kehausan yang cepat atau kerosakan struktur tayar.

Beban berlebihan

Foto hiasan

Jika lori membawa muatan melebihi had yang dibenarkan, tayar akan terpaksa menanggung beban yang lebih berat daripada yang sepatutnya, menyebabkan kehausan yang lebih cepat atau potensi kegagalan tayar.

Kegagalan mekanikal

Foto hiasan

Ini termasuk kerosakan pada rim tayar, kebocoran atau kerosakan struktur tayar itu sendiri, yang mungkin disebabkan oleh kecuaian atau kelemahan bahan tayar.

Masalah pada sistem suspensi atau penjajaran roda

Ini juga boleh menyebabkan tekanan tidak sekata pada tayar, mempercepatkan kehausan dan risiko pecah. Oleh itu, penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala sangat penting untuk mengelakkan kejadian tayar pecah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini