comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anwar ulangi ketegasan tak benar pengeluaran KWSP

 

 

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan untuk tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, meskipun ia keputusan yang tidak popular, pihaknya perlu memastikan simpanan masa depan pencarum terjamin seperti akur janji dan akad dibuat mereka.

“Saya percaya isu ini (pengeluaran KWSP) akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia,” katanya ketika berucap merasmikan Ibu Pejabat Baharu KWSP di Kwasa Damansara di sini, hari ini.

Justeru, Putrajaya tegas beliau tidak akan gentar dengan taktik pembangkang terus menghasut rakyat untuk mendesak pengeluaran KWSP bersasar.

Artikel berkaitan: Anwar mahu panel penilai pelaburan KWSP bebas daripada pengaruh ‘orang atasan’

Pada sidang Dewan Rakyat bulan lalu, Ahli Parlimen pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan gara-gara tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak  .

Loading...
Terkini