comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar tiba di Qatar, lawatan rasmi selama tiga hari

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha sekitar jam 9.37 malam waktu tempatan (2.37 waktu Malaysia) sempena lawatan rasminya ke Qatar selama tiga hari.

Oleh: Hilmi Abdul Malik

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha sekitar jam 9.37 malam waktu tempatan (2.37 waktu Malaysia) sempena lawatan rasminya ke Qatar selama tiga hari.

Anwar yang tiba menaiki pesawat khas turut diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz serta disambut Timbalan Menteri Luar Negeri Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Luar serta Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan.

Qatar merupakan destinasi kedua lawatan Perdana Menteri ke Asia Barat selepas berkunjung ke Riyadh yang akan tertumpu kepada beberapa lagi misi menarik pelaburan.

Anwar dijadual menerima sambutan rasmi oleh kerajaan Qatar di Pejabat Pentadbiran Amir Qatar, Sheikh Tamim diikuti majlis makan tengah hari bersama Baginda.

Lawatan rasmi berkenaan juga turut diselitkan dengan pertemuan bersama rakan sejawatannya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani yang juga merupakan Menteri Luar Qatar.

Dalam pada itu, usaha untuk terus memperkukuh aspek pelaburan itu juga menyaksikan Anwar yang bakal bertemu dengan 30 wakil syarikat Qatar bagi memburu peluang perniagaan terhadap negara.

Sesi syarahan umum juga akan disampaikan Perdana Menteri di Perpustakaan Kebangsaan Qatar selain turut meluangkan masa menerusi Majlis Makan Malam bersama kira-kira 500 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Anwar juga bakal menghadiri sesi Forum Ekonomi Qatar yang bakal berlangsung menjelang 14 Mei.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini