Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengerjakan ibadah umrah sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi. pic.twitter.com/F6S9LdRhrh
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 22, 2023
MAKKAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Tetamu di Makkah jam 8 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) sebelum mengerjakan ibadah umrah sempena lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi bermula hari ini.
Terdahulu Datuk Seri Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah jam 6.42 pagi waktu tempatan atau 11.42 pagi (waktu Malaysia)
Lawatan ini adalah yang pertama sejak Datuk Seri Anwar menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab berkata tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.
“Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan diiringi Menteri Luar serta Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sepanjang lawatan ini” kata Abd Razak.
Perdana Menteri dijadualkan untuk mengadakan kunjungan menghadap ke atas Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz, Penjaga Dua Masjid Suci dan Yang Amat Mulia Putera Mohammed bin Salman Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al Salam.