Oleh: Mohd Redzuan Abdul Manap
ABU DHABI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Abu, Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan kerja tiga hari.
Pesawat khas membawa Datuk Seri Anwar tiba di Presidential Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada jam 9 malam waktu tempatan atau 1 pagi waktu Malaysia.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Negara UAE, Ahmed bin Ali Al Sayegh.
Turut menyambut ketibaan Datuk Seri Anwar ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar Malaysia ke UAE Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
Perdana Menteri mempunyai jadual yang padat sepanjang lawatan dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi.
Beliau juga dijadual bertemu Naib Presiden yang juga Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Selain itu Datuk Seri Anwar akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan UAE.
Perdana Menteri juga akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi
Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA)
Beliau juga akan menghadiri majlis Pembukaan Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) dan Majlis Anugerah Hadiah Kelestarian Zayed.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.