comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar terima kunjungan pendakwa raya ICC, tuntut akauntabiliti jenayah Israel

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata pada pertemuan itu beliau dimaklumkan mengenai peranan ICC serta perkembangan isu antarabangsa terutama di Palestin dan Myanmar.

Perdana Menteri berkata beliau menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

“Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin,” katanya.

Mengenai isu di Myanmar, Anwar mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara ASEAN dalam mencari jalan penyelesaian. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini