IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati jamuan moreh dan beramah mesra dengan penduduk Manjoi, selepas selesai menunaikan solat Isyak dan sunat Tarawih di Masjid Ghufran, Manjoi, di sini, malam ini.
Ia program sulung beliau sebagai Ahli Parlimen Tambun sempena bulan Ramadan kali ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Terdahulu, Anwar berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 hadirin di Masjid Ittihadiah, Manjoi selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit berkunjung ke mengunjungi Bazar Ramadan Taman Jati di Meru, dekat sini.