comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar, Srettha bincang kukuh kerjasama Malaysia-Thailand

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

NEW YORK : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di New York pada petang Khamis.

Pertemuan in turut disertai delegasi daripada kedua-dua negara yang hadir sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand” kata Anwar.

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

Kedua-dua pemimpin juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Loading...
Terkini