Tumpuan :
Nasional

Anwar seru rakyat jadikan Rasulullah SAW sebagai teladan kehidupan

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Rakyat negara ini diseru untuk terus menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘Uswatun Hasanah’ atau teladan utama dalam kehidupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepemimpinan dan keperibadian Baginda adalah contoh unggul yang perlu diikuti dalam membentuk negara dan masyarakat yang adil dan makmur.

“Nabi Muhammad SAW adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun mesti mencakup sisi kepemimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menegaskan konsep negara madani yang dicita-citakan perlu berpandukan Piagam Madinah yang digariskan oleh Baginda.

“Cita-cita negara yang madani tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini