Tumpuan :
Nasional

Anwar sanjung keberanian Erdogan perjuang isu Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika menghadiri syarahan umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).- Foto NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Keberanian dan kelantangan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menegaskan, selain menjadikan Turkiye sebagai kuasa global, Erdogan juga berjaya membina reputasi sebagai perantara yang dipercayai dalam hubungan antara Eropah dan Asia Barat.

“Di pentas geopolitik, Erdogan telah mengangkat Turkiye sebagai kuasa global dan memperoleh reputasi sebagai perantara yang dipercayai untuk keamanan di Asia Barat dan urusan Eropah.

“Hari ini, Turkiye tidak hanya bertindak balas terhadap peristiwa – ia membentuknya. Ini bukan kebetulan.

“Ia kerana Presiden Erdogan memahami bahawa sejarah tidak memandang tinggi kepada mereka yang lemah, ia menyebelahi mereka yang berani,” katanya dalam ucapan pada Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada masa sama, Anwar turut mengimbau persahabatannya dengan Erdogan yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Saya tidak akan terlepas untuk bercakap tentang keakraban saya dengan Presiden Erdogan, iaitu satu persahabatan yang dibina bukan atas kemudahan, tetapi atas solidariti yang teguh.

Anwar juga berkata, Erdogan sering menghulurkan bantuan di saat sulit, ketika ramai yang memilih untuk berpaling.

Katanya, Sokongannya bukan sekadar biasa atau bermotifkan kepentingan politik, sebaliknya lahir daripada persaudaraan yang tulen.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini