Shah Alam : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencari hala tuju baharu untuk memberi peluang dan lebih banyak pendekatan melibatkan belia, syarikat pemula dan sektor pertanian seiring aspirasi kerajaan MADANI.
Perdana Menteri juga mahu KWSP meningkatkan pelaburan domestik kepada 70 peratus tahun ini daripada 64 peratus pada 2022.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara, di sini.
Menara KWSP yang siap dibina pada Jun tahun lalu merangkumi keluasan 2.1 hektar dengan menempatan lebih 2,200 kakitangan .
Menara KWSP itu juga mendapat status Indeks Bangunan Hijau bertaraf platinum, sekali gus mengikiraf KWSP terhadap nilai konsep hijau dan amalan lestari.
Perdana Menteri menyifatkan menara KWSP Kwasa Damansara sebagai mercu tanda khidmat berintegriti dan bertanggungjawab.
Dalam ucapannya Anwar sekali lagi menegaskan pengeluaran KWSP tidak dibenarkan demi masa depan pencarum walaupun ia keputusan tidak popular.
Malah beliau menjangkakan isu pengeluaran KWSP akan dijadikan senjata pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan menjelang PRN.
“Masa Covid-19 lain, sebab keadaan mendesak ketika itu. Tapi sekarang rakyat dah bebas untuk keluar bekerja.“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan KWSP tidak lagi membenarkan pengeluaran kecemasan . Saya percaya ini akan terus dimainkan pihak di sebelah sana termasuk menjelang PRN akan datang tetapi ia tidak menggusarkan kita,” katanya.
Berita lanjut menyusul.