LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan melawat Battersea Power Station dalam lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom.
Battersea Power Station yang terletak di lokasi ikonik di tebing Sungai Thames merupakan pelaburan terbesar negara membabitkan dana awam di Eropah.
Menurut Anwar, ketersediaan infra di projek pembangunan semula terbesar di Eropah itu mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ini ke tahap lebih tinggi di masa akan datang.
Battersea Power Station dimiliki konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby Property, SP Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kehadiran beliau disambut Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Turut menyertai Perana Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.