comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ketuai penerima anugerah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menganugerahkan pingat kebesaran kepada Anwar sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-82 di sini, hari ini. FOTO: SUK Kedah

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-82 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menerima Darjah Datuk Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan.

Seramai tiga penerima Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah (DGWK) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu Pegawai Kewangan Kedah, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Ketua Pegawai Eksekutif AFK Group, Tan Sri Dr Azmil Khalili Khalid dan Kolonel (B) Datuk Mohd Aros Othman.

Seramai sembilan penerima dianugerah darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pegawai Daerah Kota Setar, Hakim Ariff Md Noor; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dr Nadzman Mustaffa; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo Kim dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

Turut menerima DSDK ialah Ahli Lembaga Pengarah UUM, Mohd Zuhri Abdullah; Pengarah Perubatan Klinik Pakar Mata Abdul Razak, Dr Abdul Razak KV Koyakutty; Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah, Abdullah Lebai Samah; Pengarah Yiked Bina, Mohd Azam Saad dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah, Ang Saik Cheong.

Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej Jen Zambery@Jefry Darus; Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM, Mej Jen Abdul Aziz Abu Hassan.

Turut menerima DDSP ialah Panglima Briged Keenam Infantri, Brig Jen Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Seramai 13 penerima menerima Setia Diraja Kedah (SDK) antaranya Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin; Pegawai Daerah Pokok Sena, Mohamad Rizal Mohamad Radzi; Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr Fauziah Abdul Wahab; Setiausaha Bahagian Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Noorazah Omar dan Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Norizan Ahmad.

Turut menerima SDK ialah Pakar Perunding Kanan Pediatrik HSB, Dr Thiyagar Nadarajaw; Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Sushilanathan K Kathirgamanathan; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

Anugerah SDK turut diberikan kepada Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah, Wan Ishak Soed; Setiausaha Kehormat Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK), Faridah Ahmad; Perunding Penasihat Heera Trading & Management Consultancy, Left Kol (B) Heera Singh Tara Singh; Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Pang Hu Kong dan Pengurus Besar Fox Custom Tailor, Chau Tai Chuon.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini