comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar jumpa Prabowo, sifatkan bakal Presiden Indonesia itu sahabat sejati

Anwar ketika bertemu Prabowo malam ini, menjelang angkat sumpah Presiden Indonesia yang baharu esok. – PMO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Jakarta petang tadi memanfaatkan peluang bertemu Prabowo Subianto yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu esok.

Detik pertemuan dua pemimpin negara serumpun itu dikongsi Perdana Menteri melalui media sosial rasmi beliau sebentar tadi.

“Malam ini langsung ketemu sahabat sejati dan saudara saya Bapak Prabowo Subianto.

“Insya-Allah, kami akan bekerja dengan lebih dekat dalam suasana persahabatan, tidak hanya di peringkat peribadi, tetapi juga di peringkat kenegaraan yang pasti akan memberi manfaat terbaik kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya melalui muat naik di Facebook.

Terdahulu, pesawat khas membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur jam 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Sejurus tiba, beliau disambut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan disambut mesra Menteri Pelaburan Indonesia, Rosan Roeslani.

Anwar diberikan sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di lapangan terbang ketika nyanyian lagu kebangsaan dimainkan.

Beliau akan menyertai 20 ketua negara asing dan wakil lain pada majlis pelantikan yang diadakan di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) esok, yang akan bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini