Tumpuan :
Nasional

Anwar jumpa pemimpin Parti Komunis Vietnam

FOTO: Ihsan PMO

Oleh: Juliana Sharin

HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam.

Pertemuan yang berlangsung 30 minit di pejabat parti itu menandakan bermulanya lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam.

Kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke Hanoi atas jemputan rakan sejawatnya Pham Minh Chinh.

Terdahulu pesawat khas membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai jam 7:10 malam (waktu tempatan).

Beliau disambut Timbalan Menteri Luar Vietnam Ngo Le Van.

Turut hadir untuk menyambut Perdana Menteri di lapangan terbang Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai.

Turut mengiringi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini