
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual berlangsung hujung tahun ini.
Perkara itu dinyatakan Anwar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan, di Putrajaya petang tadi.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar memaklumkan pertemuan itu turut membincangkan hubungan dua hala Malaysia-AS serta usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi, teknologi, dan pensijilan halal.
Selain itu, Perdana Menteri berkata perbincangan turut menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, terutama berkaitan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.