comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar Ibrahim selesai undi di Permatang Pauh

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Oleh Selwam Arjunan

PERMATANG PAUH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini, pagi tadi.

Datuk Seri Anwar tiba kira-kira jam 8.55 pagi, berpakaian baju biru muda dan songkok sebelum memeriksa saluran pengundiannya di pondok Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau kemudiannya beratur dan membuang undi jam 9.05 minit.

Walaupun bertanding di kawasan parlimen Tambun di Perak, Datuk Seri Anwar masih merupakan pengundi berdaftar beralamat di Permatang Pauh.

Ketika ditemui di luar pusat pengundian, beliau berkata rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi menentukan kerajaan yang mereka inginkan.

“Kami (PH) telah melakukan terbaik. Keputusan pilihan raya adalah kemahuan rakyat. Jadi saya minta rakyat keluar mengundi untuk kerajaan pilihan mereka,” katanya.

Beliau turut meluangkan masa bersalaman dan bertanya khabar dengan pengundi warga emas di pusat mengundi berkenaan.

Loading...
Terkini