comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar bentang Belanjawan 2025 petang ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan dokumen rasmi Belanjawan 2025 ke dalam beg fail berwarna hitam dengan corak tenunan songket Kelantan semalam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, petang ini.

Ia belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Madani pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pembentangan Belanjawan 2025 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial termasuk Buletin TV3 pada jam 4 petang ini.

Menurut kenyataan prabelanjawan 2025 yang disiarkan dalam laman sesawang khas Belanjawan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada teras utama kerangka Ekonomi Madani iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

Pada 7 Oktober lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, Belanjawan 2025 adalah kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan supaya Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi Madani.

Perdana Menteri berkata, lebih banyak penambahbaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam belanjawan itu untuk memastikan pertumbuhan pesat ekonomi dapat dikongsi bersama rakyat secara saksama.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini