Tumpuan :
Nasional

Anwar, Arm Limited bincang peranan Malaysia dalam industri semikonduktor, pusat data

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey.

Pertemuan itu membincangkan hala tuju teknologi pengkomputeran serta peluang untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai arah tuju teknologi pengkomputeran agar Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan dalam menjadi hub terutamanya terkait ekosistem semikonduktor dan pusat data.

Pertemuan ini menjadi satu lagi bukti bahawa melalui dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional dan lain-lain kelebihan, Malaysia berterusan menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Arm Limited, syarikat berpangkalan di United Kingdom, merupakan peneraju global dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU). Ia berperanan sebagai arkitek, pembangun, dan pelesen bagi penyelesaian hak harta intelek (IP) yang berprestasi tinggi, kos efektif, dan cekap tenaga.

Anwar menegaskan bahawa pertemuan itu membuktikan dasar jelas Malaysia, termasuk Strategi Semikonduktor Nasional, terus menjadi faktor utama dalam menarik minat pelabur antarabangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini