Tumpuan :
Nasional

Anifah Aman angkat sumpah Senator

FOTO: Ihsan Pejabat Anifah Aman

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, beliau merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sokongan dan kepercayaan dalam pelantikan beliau sebagai Senator.

Anifah bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk negara dan rakyat dalam kapasiti baharunya sebagai senator.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang dan akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan rakyat  .

Sebagai bekas Menteri Luar,  Anifah membawa bersama beliau pelbagai pengalaman dan pengetahuan ke Dewan Negara  yang diharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna dalam membentuk masa depan negara dan mengukuhkan kedudukannya di persada global.

Loading...
Terkini