comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Angkara buat pusingan U sesuka hati, 3 kenderaan terbabit nahas

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan van kilang, bas kilang dan motosikal di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, Balik Pulau. – Foto ihsan JBPM

BALIK PULAU: Tiga kenderaan terbabit nahas gara-gara sebuah van kilang membuat pusingan U sesuka hati di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, hari ini.

Akibatnya, penunggang motosikal dari arah sama dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh van kilang berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor berkata, pihaknya terima panggilan kejadian jam 5.44 pagi.

“Kemalangan membabitkan van kilang dengan bas kilang dan motosikal jenis Yamaha LC135.

“Pemandu van yang menghala ke Balik Pulau itu dikatakan membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya sebelum merempuh bahagian belakang bas kilang yang menghala ke Bayan Lepas.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan van kilang, bas kilang dan motosikal di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, Balik Pulau. – Foto ihsan JBPM

“Pemandu van didapati tersepit di bahagian tempat duduk manakala penunggang motosikal cedera ringan,” katanya dihubungi hari ini.

Pemandu van dan penunggang motosikal yang masing-masing berusia 30-an dan 21 tahun diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini