comscore
Tumpuan :
Nasional

Angkara beli lembu menerusi WhatsApp, guru kecewa terlepas ibadah korban

JEMPOL: Hasrat seorang guru mahu menunaikan ibadah korban tidak kesampaian apabila dia menjadi mangsa penipuan jual beli lembu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, guru wanita berusia 39 tahun sebelum itu berurusan dengan seorang penjual lembu yang dikenali sebagai Anis melalui aplikasi WhatsApp pada 12 Jun lalu bagi pembelian seekor lembu.

Mangsa kemudian berbincang mengenai harga lembu yang mahu dibelinya daripada lelaki berkenaan.

“Ahad lalu, mangsa membuat pembayaran berjumlah RM2,900 secara dalam talian ke akaun bank milik individu lain dan kemudian lelaki itu berjanji akan menghantar lembu berkenaan ke masjid yang ditetapkan.

“Bagaimanapun semalam, apabila mangsa pergi ke masjid untuk buat korban, tiada lembu seperti dijanjikan.

“Mangsa bertanya penduduk kampung dan penduduk memaklumkan nombor telefon dihubungi mangsa bukan milik Anis,” katanya.

Hoo berkata, siasatan lanjut polis mendapati mangsa terpedaya dalam urusan jual beli lembu selepas mangsa mencari lembu korban di laman media sosial.

Katanya mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan polis pada jam 6.12 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini