KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di sembilan negeri merekodkan angka 132,502 mangsa yang berlindung di 712 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 12 tengah hari.
Menurut data yang dikemukakan Portal infobencana JKM, Kelantan kekal dengan jumlah mangsa paling ramai iaitu 86,079 mangsa daripada 26,586 keluarga yang berlindung di 284 PPS di 10 daerah.
Daerah Pasir Mas kekal sebagai daerah paling teruk terjejas melibatkan 26,641 mangsa.
Sementara itu, Terengganu merupakan negeri kedua teruk terjejas dengan 36,494 mangsa berlindung di 335 PPS di lapan daerah.
Kedah pula merekodkan 5,461 mangsa daripada 1,713 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS.
Manakala Perlis menempatkan 492 mangsa di empat PPS.
Pada masa sama, 468 jumlah mangsa di Selangor ditempatkan di dua PPS di Klang.
Di Negeri Sembilan, 22 PPS dibuka untuk 2,155 mangsa daripada 612 keluarga berlindung.
Di Johor, 9 PPS di buka melibatkan dua daerah dan menempatkan 389 mangsa.
Sementara itu, di Melaka, 226 mangsa daripada 63 keluarga ditempatkan di lima PPS.
Perak kekal dengan satu PPS yang dibuka menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.