Tumpuan :
Nasional

Angin kencang sehingga esok di Terengganu

Foto hiasan

KUALA LIMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai ketika ini berikutan fenomena angin kencang yang sedang melanda perairan Terengganu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu ketika ini kira-kira 25 kilometer sejam (km/jam).

Menurutnya, tahap kelajuan angin ketika ini sememangnya tinggi berbanding hari-hari biasa iaitu sekitar 10-20 km/j pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, sebagai contohnya malam tadi, kelajuan angin yang direkodkan mencecah 40 km/j dan situasi ini agak berisiko untuk sesiapa sahaja yang berada di kawasan pantai tanpa sebarang keperluan.

“Orang ramai perlu menjauhi pantai kerana bimbang risiko berlakunya pokok tumbang atau struktur binaan runtuh yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Selain itu aktiviti laut juga dilihat berisiko terutama bagi nelayan yang menggunakan bot-bot kecil,” katanya.

Beliau berkata, waktu kemuncak berlakunya angin kencang dijangka berlaku pada hari ini dan esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini