Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Anggota TUDM maut dua parah ketika latihan

GEMAS: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

Difahamkan dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Sumber berkata, bom lempar berkenaan meletup di dalam bunker ketika proses latihan dilaksanakan.

“Kejadian berkenaan membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari institut pentadbiran dan pengajian pengkalan udara sendayan (instar).

“Mangsa yang maut adalah penuntut (INSTAR) manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan memaklumkan pihak TUDM telah menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian

Pihak TUDM juga telah menghubungi waris anggota TUDM yang terlibat dan menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak polis selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.

Maklumat perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Loading...
Terkini