comscore
Tumpuan :
Nasional

Anggota tentera lemas, bot terlanggar kayu hanyut sebelum karam 

KOTA TINGGI: Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilaporkan lemas di kawasan Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Yusof Othman, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 2.35 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menaiki bot milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama tiga anggota lain yang turut sama bertugas di tasik empangan itu.

Siasatan awal mendapati bot yang dinaiki empat anggota tentera terbabit terlanggar kayu hanyut sebelum karam.

Tiga anggota berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tenggelam.

“Usaha mencari mangsa dilakukan oleh rakannya namun gagal menemui sebarang petunjuk sebelum kes itu dilaporkan kepada penyelia yang bertugas” katanya.

Mayat manga yang berumur 32 tahun ditemukan kira-kira 7 meter dari lokasi kejadian.

“Mayatnya ditemui Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 11. 50 pagi pada kedalaman 13 meter. Mayat mangsa dibawa naik ke permukaan dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini