Tumpuan :
Nasional

Anggota polis positif dadah ditahan ketika berhibur

Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Wangsa Maju menjalankan operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak semalam.

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis wanita diberkas selepas positif dadah dalam Op Hiburan sempena tahun baharu di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak semalam.

Anggota berusia 26 tahun itu ditahan sekitar pukul 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pemeriksaan mendapati anggota wanita itu sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

Saringan awal mendapati suspek positif beberapa jenis dadah seperti amphetamine dan methamphetamine.

Dia kemudianya di bawa ke IPD Wangsa Maju dan direman dua hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini