
JOHOR BAHRU: Anggota polis yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Koperal Mohd Hasif Roslan sudah dibenarkan keluar kelmarin, selepas menerima rawatan selama sembilan hari di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, anggota berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan masih memerlukan rawatan susulan.

Katanya, bapa kepada tiga anak itu juga diberikan cuti dua bulan secara berperingkat, bergantung kepada keadaan kesihatannya.
“Beliau ditembak dengan peluru menembusi bahagian bahu dan pinggul. Rawatan susulan pastinya ada daripada pihak hospital.
“Pastinya insiden itu memberi trauma kepada Mohd Hasif dan beliau juga mendapatkan rawatan kaunseling ketika di hospital. Sekiranya perlu sesi kaunseling akan diberikan lagi.
“Keadaannya kini stabil, boleh berjalan dan tidak memerlukan tongkat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan negeri Johor kepada Anggota PDRM Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Dalam serangan pada 2.45 pagi pada 17 Mei lalu, dua rakan setugasnya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban akibat ditembak dan ditetak dalam serangan dilakukan seorang individu bertopeng yang turut maut dalam kejadian ini.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lima ahli keluarga lelaki itu disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 5 anggota keluarga suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram ditahan mengikut SOSMA
- Pengasas bersama JI nafi terbabit serangan Balai Polis Ulu Tiram
- Serangan di Balai Polis Ulu Tiram: 2 pelajar IPT dibebaskan tanpa syarat
- Hanya 7 individu kekal disiasat berhubung insiden serangan balai polis
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram