comscore
Tumpuan :
Nasional

Anggota bomba dipercayai lemas ketika baiki bot

Khairy Sulaiman / Penolong Pengarah (Bahagian Operasi & Kebombaan) JBPM Pulau Pinang.

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Seorang anggota bomba dipercayai lemas, selepas kerja-kerja pembaikan bot bomba dalam kejadian di Pangkalan Marin Bomba di Mak Mandin, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Khairy Sulaiman berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam dan jentera pertama tiba di lokasi lima minit kemudian.

Katanya, operasi carilamat digerakkan sejurus selepas kehilangan mangsa disedari penyelianya.

“Mangsa baru sahaja selepas memperbaiki kerosakan pada bot bomba di Pangkalan Marin Bomba di Sungai Perai.

“Apabila dia keluar dari bot, dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Penyelianya menyedari kehilangan mangsa dan terjun ke dalam sungai untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, namun gagal menjumpainya.

“Selepas itu beliau segera menghubungi balai bomba yang tiba di lokasi dan menggerakkan operasi carilamat,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan penyelam JBPM menyertai operasi carilamat serta aset-aset bomba juga digerakkan dalam usaha mencari mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini