comscore
Tumpuan :
Nasional

Ancaman bom: Seluruh bangunan MOTAC sudah dikosongkan

PUTRAJAYA: Seluruh bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini telah diarah dikosongkan susulan penemuan satu bungkusan mencurigakan di tingkat 14 bangunan itu.

Menurut sumber, pihak berkuasa turut meletakkan pita perentang di seluruh bahagian bawah bangunan itu.

Semua barangan penting seperti dompet duit yang ditinggalkan kakitangan telah diambil dan diserahkan kembali kepada yang empunya.

Tambah sumber itu lagi, keadaan terkawal ketika ini.

Proses pengelidahan secara terperinci masih dilakukan oleh anggota daripada Unit Pemusnah Bom.

Tinjauan oleh wakil kami di Putrajaya sebelum ini mendapati kakitangan dan pelawat diarahkan mengosongkan bangunan itu mulai jam 4.30 petang tadi.

Kami sedang berusaha mendapatkan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy bagi maklumat lanjut.

Mengikut maklumat awal, beliau antara kakitangan MOTAC yang berada di pejabat itu ketika kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini