Tumpuan :
Nasional

Anak temui bapa meninggal dunia di ruang tamu rumah

Foto hiasan

DUNGUN: Pesara swasta ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah di Paka oleh anaknya yang datang menziarahinya hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Abdul Hamid@Khamsul Abdullah, 64, ditemui pada 12.34 tengah hari.

Katanya, kali terakhir mangsa dilihat jiran pada Jumaat lalu dan seorang anaknya yang datang menziarahi, terhidu bau busuk dan lalat yang banyak di pintu masuk rumah.

“Anak mangsa masuk ke dalam rumah mendapati bapanya terbaring di atas lantai sebelum membuat laporan di Balai Polis Paka,” katanya ketika dihubungi.

Maizura berkata, siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini