Oleh: Ing Boon Seng
KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam kotak ais selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sendiri sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, ibu negara, pagi tadi.
Difahamkan anak lelaki mangsa yang mengalami masalah kesihatan menghubungi polis sebelum memaklumkan kejadian itu.
Sumber berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian.
Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.
Polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu dalam masa terdekat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.