Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anak lahir luar negara: Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan September depan – PM

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Artikel 15(A) Perlembagaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara akan dibawa ke Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat sebelum dibentangkan di Parlimen September depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membabitkan penggantian perkataan ‘bapa’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa’.

“Beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh orang tanpa kerakyatan di Malaysia.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara, kepada ibu Malaysia, usaha sedang dijalankan untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan untuk mereka”, katanya .

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023 di ibu negara.

Loading...
Terkini