KUALA LUMPUR: Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah, dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.
Berita duka pemergian Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi hantaran di Instagram Story.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees bin Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” kongsinya.
Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh pasangan itu tidak didedahkan.
Sebelum ini, Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi lelaki tersebut pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.