comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anak bekas Perdana Menteri dipanggil SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang anak kepada seorang bekas Perdana Menteri disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 90-an.

Difahamkan, siasatan SPRM adalah terhadap syarikat kepunyaan individu itu yang didakwa membeli sebuah anak syarikat kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Foto: NSTP

BH dalam laporannya berkata SPRM hari ini sudah memanggil individu berkenaan untuk mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Ia susulan langkah agensi itu memanggil individu terbabit untuk memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan pada bulan lalu.

Lapor akhbar itu lagi, satu sumber menjelaskan bahawa beliau telah dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat SPRM untuk diserahkan satu notis pengisytiharan harta.

Menurut sumber itu, ketika ini siasatan dijalankan berdasarkan laporan bahawa syarikat kepunyaan individu berkenaan telah membeli sebuah anak syarikat daripada sebuah GLC mengikut dasar penswastaan ketika itu.

Bagaimanapun kata sumber itu, syarikat itu kemudian telah dijual kepada sebuah syarikat gergasi GLC dengan keuntungan ratusan juta ringgit. – BERITA HARIAN.

Loading...
Terkini